Sunday 20 March 2011

Cik Puyu :: Design 2 :: Penternakan Ikan Air Tawar


Oleh : AZIZAH BT FAZIL (D20072030964)

   Design yang ke 2 pula mempunyai tarikan yang tersendiri iaitu galeri. Galeri ini diberi nama Community Fish Galery. Pengunjung boleh berkunjung ke sini setiap hari dari pukul 10 pagi- 10 malam. Pengunjung hanya perlu membayar bayaran sebanyak RM 5 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak. Apabila pengunjung memasuki galeri ini, pengunjung akan dapat menikmati pelbagi jenis spesis ikan air tawar yang jarang-jarang kita kenali. Tujuan kami membina galeri ikan ini ialah untuk memperkenalkan kepada masyarakat setempat yang kurang mengenali spesis ikan air tawar ini. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka untuk melihat spesis ikan air tawar yang terdapat di sini. Pengunjung juga dibenarkan untuk mengambil gambar sepanjang berada di dalam galeri ini untuk disimpan sebagai kenangan.

   Setelah penat berjalan di dalam galeri ikan yang kami sediakan, pengunjung bolehlah menyusuri tasik Proton City yang cantik ini dengan menaiki sampan yang diberi nama Duck Cruise. Duck Cruise ini hanya boleh dinaiki oleh 2 orang pengunjung pada satu masa. Kami ada menyediakan lima buah Duck Cruise untuk para pengunjung yang ingin menyusuri tasik ini. Selain Duck Cruise kami juga ada menyediakan sampan yang lain seperti Family Cruise. Family Cruise ini boleh dinaiki oleh family. Bilangan penumpang untuk Family Cruise ialah 5 orang. Bagi pengunjung yang datang secara beramai-ramai ataupun family bolehlan menaiki Family Cruise ini, manakala bagi yang berpasangan pula bolehlah menaiki Duck Cruise.

   Kelainan yang akan kami tonjolkan di sini ialah, pengunjung dapat menikmati donut panas yang dijual di tepi tasik. Pengunjung bolehlah menikmati donut ini di dalam sampan yang diberi nama BBQ Donut. Kami akan menyediakan bebrapa orang pelayan yang akan menaiki bot ini untuk pergi mengambil pesanan dan juga menghantar pesanan donut kepada pengunjung. Pengunjung bolehlah menikmati hidangan donut yang akan disediakan oleh penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris  yang mengambil kursus Katering. Pengunjung dapat menikmati donut yang panas di atas sampan sambil di tiup angin yang betul-betul mengasyikkan.

4 comments:

  1. cik puyu..kita nk naik duck cruise..blh naik free x?he..he..hebat sgh design tasik ni

    ReplyDelete
  2. boleh je...lau cik izah yg jadi owner...

    Cik izah...lau ade shading lg nampak real...

    ReplyDelete
  3. elly: nk naik free kna jd owner tasik ni la..klau hebat mmg cik elly kna mai cni la..

    ReplyDelete
  4. putra: ok.tq cik putra bg suggestion yg baik..

    ReplyDelete