Oleh : RUZIYATOL AZIAN BINTI ARAJAMI (D20072031029)
Hai.. assalamualaikum buat penduduk Tg Malim, Proton City dan sekitarnya!! Harap anda semua sihat. Ok.. kali ini Cik Patin a.k.a Ruziyatol Azian Arajami pulak nak bercerita dengan anda. Seperti yang anda semua tahu kami ada berita baik buat anda!! Anda biasa kan berjalan-jalan di tasik Proton City pada di hujung-hujung minggu atau di waktu-waktu petang bersama rakan atau family anda. Tidak dinafikan suasana Tasik Proton City memang mampu memberikan anda ketenangan.. tp kami merasakan tasik ini agak sunyi dari sebarang aktiviti yang menarik. Kami perhatikan para pengunjung yang datang ke tasik ini tak lain tak bukan berjoging, berjalan-jalan sambil hirup udara segar dan paling extreme pernah kami tengok adalah aktiviti berkayak. Tapi itu pun x selalu. Jadi alangkah sayangnya jika tasik yang indah ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik.!!
Ok.. Ini design cik Patin yang pertama. Dalam design ni cik Patin wujudkan satu port penternakan ikan air tawar. Kat sini macam-macam jenis ikan air tawar boleh di dapati seperti ikan tilapia, puyu, lampam dan lain-lain. Apa yang menarik, pengunjung sendiri berpeluang untuk menjaga ikan di sini contohnya mereka boleh memberi ikan makan. Dengan hanya mengenakan sedikit yuran sejumlah RM 4.00 pengunjung berpeluang untuk memancing ikan yang telah dilepaskan ke tasik apabila sudah mencapai tempoh matang. Di satu sudut tasik, diwujudkan satu galeri khas berkaitan ikan air tawar bagi memberi maklumat kepada orang ramai .. yang bestnya bentuk galeri tu pun diadaptasi dari bentuk ikan!! Antara yang ada dalam galeri tersebut adalah maklumat mengenai spesis-spesis ikan, maklumat berkaitan sistem penternakan ikan air tawar, maklumat berkaitan pelepasan benih ikan, maklumat berkaitan kaedah mengawal dan mencegah penyakit ikan air tawar dan banyak lagi perkara yang berkaitan dengan sistem penternakan ikan air tawar.