Sunday 20 March 2011

Cik Lampam :: Design 2 :: Penternakan Ikan Air Tawar


 Oleh : MARDZIAH BT ADZRA'AI (D20072030981)

   Bagi design yang kedua, 'Community Wonderful Fish' ini dibina di hujung kawasan tasik proton, Tanjong Malim. Pengunjung disediakan kemudahan pengangkutan bot dan kereta kabel. Galeri ini  dibahagikan kepada dua bahagian,bahagian yang pertama merupakan bahagian pameran ikan-ikan air tawar. Di sini pengunjung di kenakan bayaran sebanyak RM 4.00 yang akan di masukkan ke dalam tabung pengurusan Galeri. Manakala bahagian yang kedua pula merupakan tempat benih-benih ikan di semai. Pengunjung dibenarkan untuk memilih satu spesis benih ikan air tawar yang mereka kehendaki. Setelah keluar dari galeri, pengunjung akan melepaskan benih-benih ikan ke dalam petak-petak pembiakan ikan yang telah disediakan. Setiap petak ikan dikhaskan untuk  satu spesis ikan air tawar sahaja.


   Apabila ikan-ikan tersebut membiak, pengunjug dibenarkan untuk menangkap ikan-ikan tersebut. Ikan-ikan yang diperolehi oleh pengunjung akan dijual atau di bawa pulang kerumah.

  Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti beriadah seperti berbasikal sekeliling tasik, berkelah bersama keluarga dan memancing ikan.

    Di tepi galeri juga di bina sebuah tugu berbentuk ikan. Ini adalah melambangkan ciri-ciri aktiviti tasik  yang mana bertemakan ikan air tawar dan bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung samada masyarakat setempat mahupun luar berkunjung ke kawasan Tasik Proton City.

5 comments:

  1. nak naik keta cable jg..mcm mana nk tangkap ikan?nak jg ni

    ReplyDelete
  2. ada potensi untuk dikomersialkan untuk community luar..cume perlukan hebahan meluas untuk promosi tempat ni

    ReplyDelete
  3. wahh..pengangkutan menggunakan kereta kabel dan bot..bagus2!!!
    community wonderful fish nmpak moden dan canggih..design ok..boleh tambahkan lagi aktiviti untuk pengunjung..nmpak kosong sedikit..

    ReplyDelete
  4. dekat kwasan bela ikan tu bleh x klau kta nk pancing ikan kt c2?di benarkn tak?

    ReplyDelete