Tuesday 22 March 2011

Cik Patin :: Design 1 :: Penternakan Ikan Air Tawar

Oleh : RUZIYATOL AZIAN BINTI ARAJAMI (D20072031029)

Hai.. assalamualaikum buat penduduk Tg Malim, Proton City dan sekitarnya!! Harap anda semua sihat. Ok.. kali ini Cik Patin  a.k.a Ruziyatol Azian Arajami pulak nak bercerita dengan anda. Seperti yang anda semua tahu kami ada berita baik buat anda!! Anda biasa kan berjalan-jalan di tasik Proton City pada di hujung-hujung minggu atau di waktu-waktu petang bersama rakan atau family anda. Tidak dinafikan suasana Tasik Proton City memang mampu memberikan anda ketenangan.. tp kami merasakan tasik ini agak sunyi dari sebarang aktiviti yang menarik. Kami perhatikan para pengunjung yang datang ke tasik ini tak lain tak bukan berjoging, berjalan-jalan sambil hirup udara segar dan paling extreme pernah kami tengok adalah aktiviti berkayak. Tapi itu pun x selalu. Jadi alangkah sayangnya jika tasik yang indah ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik.!!

So.. kami diberi tanggungjawab untuk mereka bentuk satu projek yang mampu disumbangkan kepada komuniti setempat dengan sedikit ilmu dan kepakaran yang kami ada. Jadi setelah perbincangan dibuat kami sepakat untuk membuat projek mega yang bertajuk “Community WonderFul Fish”.. Apa agaknya bentuk projek ini. Meh cik Patin nak cerita!!  Cik Patin dah design beberapa idea yang boleh diaplikasikan untuk projek ‘Community Wonderful Fish’ tu.  Antara design-designnya adalah seperti di bawah :


Ok.. Ini design cik Patin yang pertama. Dalam design ni cik Patin  wujudkan satu port penternakan ikan air tawar. Kat sini macam-macam jenis ikan air tawar boleh di dapati seperti ikan tilapia, puyu, lampam dan lain-lain.  Apa yang menarik, pengunjung sendiri berpeluang untuk menjaga ikan di sini contohnya mereka boleh memberi ikan makan. Dengan hanya mengenakan sedikit yuran sejumlah RM 4.00 pengunjung berpeluang untuk memancing ikan yang telah dilepaskan ke tasik apabila sudah mencapai tempoh matang. Di satu sudut tasik, diwujudkan satu galeri khas  berkaitan ikan air tawar bagi memberi maklumat kepada orang ramai .. yang bestnya bentuk galeri tu pun diadaptasi dari bentuk ikan!! Antara yang ada dalam galeri tersebut adalah maklumat mengenai spesis-spesis  ikan,  maklumat berkaitan sistem penternakan ikan air tawar, maklumat berkaitan pelepasan benih ikan, maklumat berkaitan kaedah mengawal dan mencegah penyakit ikan air tawar dan banyak lagi perkara yang berkaitan dengan sistem penternakan ikan air tawar.

Apa yang lebih menarik, para pengunjung juga boleh menikmati ikan yang dipancing di situ juga selain dijual atau dibawa pulang ke rumah!! Pelbagai aktiviti menarik seperti barbeque dapat dilakukan bersama teman dan keluarga tersayang!! Bayangkan.. di samping dapat berkelah, menikmati udara segar di petang hari, dapat melihat ikan-ikan berenang, memberi ikan makan, memancing dan juga dapat menimba ilmu di galeri berdekatan, ia  benar-benar memberi manfaat yang tidak terhingga kepada pengunjung. Sesunggguhnya taman ternakan ikan air tawar ini benar-benar dapat memberi kepuasan kepada pengunjung yang cintakan alam semula jadi dan inginkan aktiviti yang lain dari tempat yang biasa dikunjungi!!

Cik Patin :: Design 2 :: Penternakan Ikan Air Tawar

Oleh : RUZIYATOL AZIAN BINTI ARAJAMI (D20072031029)


Orait ni satu lagi design tambahan dari cik Patin. Dalam design ni menunjukkan seorang budak kecil yang baru je dapat ikan hasil usahanya memancing ikan di tempat penternakan ikan air tawar di Tasik Proton City yang akan diwujudkan nantu. Kemudian tak jauh dari siti kelihatan gadis-gadis yang sedang beriadah dengan bermain itik air sambil memerhati keindahan alam dan ikan-ikan yang ada di situ. Di satu sudut yang lain pula kelihatan satu family yang sedang melepak di atas rumah rakit sambil menunggu hasil pancingan mereka mengena. Memang sesuatu yang lain dari yang lain!!

Cik Patin :: Design 3 :: Penternakan Ikan Air Tawar

Oleh : RUZIYATOL AZIAN BINTI ARAJAMI (D20072031029)

Dalam design yang ke 3 ini, cik Patin ingin menggambarkan Tasik Proton City  yang mempunyai pusat penternakan ikan air tawar  berkonsepkan riang ria. Cik Patin ingin menggambarkan pusat ini bukan sahaja untuk menarik perhatian pengunjung setempat malahan ia berpotensi untuk menarik  minat pelancong luar bagi merasai sendiri keindahan dan keunikan ikan air tawar yang ada di Malaysia.  Ini kerana Malaysia mempunyai banyak spesis ikan yang unik  yang  tidak  mudah didapati di Negara luar. Ini secara tidak langsung akan memperkenalkan Malaysia ke negara luar!!
Tasik yang indah dan permai ini sememangnya menjadi tumpuan warga setempat untuk beriadah, bersiar-siar, berjoging dan sebagainya.  Para pengunjung akan berpeluang untuk memancing ikan yang dipelihara di tasik ini. Galeri yang berbentuk bulat ini kelihatan agak unik dan penggunaan warna oren mampu menimbulkan mood keceriaan kepada pengunjung. Di samping itu, para pengunjung juga akan berpeluang untuk beriadah seperti menaiki belon panas ataupun kereta kabel untuk melihat panaorama indah di Tasik Proton City. Seperti yang telah dinyatakan sebelum tadi  idea kami  tidaklah terhad kepada penternakan ikan air tawar semata-mata. Pengunjung akan bebas melakukan aktiviti kegemaran mereka bersama teman dan family!

Sunday 20 March 2011

Cik Sepat :: Design 1 :: Penternakan Ikan Air Tawar


Oleh : NOR FADLIYANA BINTI SAMSUDIN (D20072031039)

Nampak tak ada cable car dekat Community Wonderful Centre ni..inilah salah satu focus point tarikan pengunjung ke sini..setiap masa ada sahaja yang datang untuk menikmati pemandangan di sini..selain itu, ada juga tepat istirehat bersama keluarga dan rakan-rakan..kawasan untuk barbeque pun ada disediakan, tempat untuk seminar atau conference pun ada..semuanya disediakan dalam satu pakej dengan harga yang berpatutan..sesuai untuk dijadikan tempat reunion atau alumni kerana sudut pemandangan yang strategik dan selesa..bangunan galeri pun ada juga disediakan sebagai sudut ruangan ilmu di Community Wonderful Center ini..macam-macam info yang dapat diperolehi di sini. Selain itu, ada juga kawasan memancing disediakan khas untuk si kaki pancing..boleh juga kalau nak bagi ikan makan dengan makanan pallet yang disediakan..dilarang keras untuk memberi makanan sendiri yea..cycle float berbentuk kereta juga merupakan salah satu aktiviti yang menjadi tarikan pengunjung disini..so, have fun..

Cik Sepat :: Design 2 :: Penternakan Ikan Air Tawar

Oleh : NOR FADLIYANA BINTI SAMSUDIN (D20072031039)
Kalau dilihat dari segi rekabentuk bangunan galeri yang tersergam indah ini, terdapat macam-macam information tentang research centre ni..semua maklumat ini terbuka kepada semua local community tak kira usia dan golongan sama ada pelajar atau pengusaha ternakan yang baru nak naik dan nak tambah ilmu pengetahuan dalam hal-hal berkaitan perikanan air tawar. Sebelah galeri tu pula ada satu bangunan yang didirikan khas untuk pengunjung supaya dapat menerokai keindahan alam sekitar pusat pembangunan ni..ala-ala KLCC gitu..andai kata ada kelapangan atau waktu cuti sekolah tempat ini merupakan kunjungan pelancong untuk menikmati percutian selain dapat mempelajari mengenai penternakan ikan air tawar..

Cik Sepat :: Design 3 :: Penternakan Ikan Air Tawar


Oleh : NOR FADLIYANA BINTI SAMSUDIN (D20072031039)

Hurmm..ni lah design yang direka khas untuk kemudahan kaki-kaki pancing untuk release tension. So, lepas keje boleh lah terus dtg sini dan nikmati segala kemudahan dan pakej terbaik yang kami sediakan. Antaranya ialah kemudahan sewa bot untuk si kaki pancing ini memancing sambil menikmati keindahan alam sekitar. Bukan setakat tu je..ada juga disediakan perkhidmatan cycle float untuk kanak-kanak dan dewasa,harga bayaran sekitar RM 5-10 sahaja..berbaloi-baloi..tersergam indah sebuah galeri yang menempatkan berbagai-bagai maklumat mengenai sistem penternakan ikan air tawar dan macam-macam lagi input yang berguna..bayaran yang dikenakan untuk pengunjung adalah RM 4 seorang..confirm memberi pulangan yang bermakna dalam proses menimba ilmu..

Cik Puyu :: Design 1 :: Penternakan Ikan Air Tawar


Oleh : AZIZAH BT FAZIL (D20072030964)

   Pada permulaannya kawasan tasik Proton City ini merupakan kawasan yang kurang dengan aktiviti untuk penduduk setempat. Design ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang akan dibangunkan di tasik Proton City.


   Penduduk sekitar berkesempatan untuk membawa keluarga ke sini untuk melakukan aktiviti seperti memancing, beriadah menaiki sampan yang disediakan dan BBQ. Bayaran yang dikenakan terlalu murah berbanding di kawasan lain. Pengunjung hanya perlu membayar RM 3/jam.Pengunjung boleh memancing berapa lama yang mereka inginkan.

  Pengunjung juga dibenarkan untuk membakar ikan yang dipancing di kawasan sekitar.  Bagi yang bercadang untuk memancing hingga ke larut malam ataupun ingin terus bermalam di tasik Proton City, kami ada menyediakan khemah untuk mereka. Pengunjung boleh membuat tempahan terlebih dahulu bagi yang berhasrat untuk berkhemah di tasik Proton City.

Cik Puyu :: Design 2 :: Penternakan Ikan Air Tawar


Oleh : AZIZAH BT FAZIL (D20072030964)

   Design yang ke 2 pula mempunyai tarikan yang tersendiri iaitu galeri. Galeri ini diberi nama Community Fish Galery. Pengunjung boleh berkunjung ke sini setiap hari dari pukul 10 pagi- 10 malam. Pengunjung hanya perlu membayar bayaran sebanyak RM 5 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak. Apabila pengunjung memasuki galeri ini, pengunjung akan dapat menikmati pelbagi jenis spesis ikan air tawar yang jarang-jarang kita kenali. Tujuan kami membina galeri ikan ini ialah untuk memperkenalkan kepada masyarakat setempat yang kurang mengenali spesis ikan air tawar ini. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka untuk melihat spesis ikan air tawar yang terdapat di sini. Pengunjung juga dibenarkan untuk mengambil gambar sepanjang berada di dalam galeri ini untuk disimpan sebagai kenangan.

   Setelah penat berjalan di dalam galeri ikan yang kami sediakan, pengunjung bolehlah menyusuri tasik Proton City yang cantik ini dengan menaiki sampan yang diberi nama Duck Cruise. Duck Cruise ini hanya boleh dinaiki oleh 2 orang pengunjung pada satu masa. Kami ada menyediakan lima buah Duck Cruise untuk para pengunjung yang ingin menyusuri tasik ini. Selain Duck Cruise kami juga ada menyediakan sampan yang lain seperti Family Cruise. Family Cruise ini boleh dinaiki oleh family. Bilangan penumpang untuk Family Cruise ialah 5 orang. Bagi pengunjung yang datang secara beramai-ramai ataupun family bolehlan menaiki Family Cruise ini, manakala bagi yang berpasangan pula bolehlah menaiki Duck Cruise.

   Kelainan yang akan kami tonjolkan di sini ialah, pengunjung dapat menikmati donut panas yang dijual di tepi tasik. Pengunjung bolehlah menikmati donut ini di dalam sampan yang diberi nama BBQ Donut. Kami akan menyediakan bebrapa orang pelayan yang akan menaiki bot ini untuk pergi mengambil pesanan dan juga menghantar pesanan donut kepada pengunjung. Pengunjung bolehlah menikmati hidangan donut yang akan disediakan oleh penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris  yang mengambil kursus Katering. Pengunjung dapat menikmati donut yang panas di atas sampan sambil di tiup angin yang betul-betul mengasyikkan.

Cik Puyu :: Design 3 :: Penternakan Ikan Air Tawar


Oleh : AZIZAH BT FAZIL (D20072030964)

   Design yang ke 3 pula menonjolkan tempat makan ala-ala tradisional yang didirikan di tengah-tengah tasik. Pengunjung yang berkunjung ke sini bolehlah menikmati hidangan berasakan kepada makanan ikan air tawar. 


  Pengunjung juga berkesempatan untuk memancing di sini dan juga boleh terus memasak di atas restoran yang disediakan. Pengunjung boleh meminta chef yang berada di situ untuk memasak hidangan yang mereka ingini dengan hasil tangkapan mereka sendiri. Kami juga ada menyediakan ruangan untuk pengunjung yang ingin memasak sendiri  masakan menikut cita rasa mereka. Barangan untuk memasak tidak disediakan. Pengunjung bolehlah membawa barangan sendiri daripada rumah. Kami hanya menyediakan dapur untuk memasak. Segala kelengkapan lain hendaklah disediakan sendiri. 


  Tiada bayaran dikenakan untuk pengunjung yang ingin memasak sendiri tetapi bayaran akan dikenakan bagi pengunjung yang meminta chef untuk menyediakan hidangan mereka. Bayaran yang dikenakan berdasarkan kepada harga makanan yang dipesan mengikut harga pasaran.

Cik Tilapia :: Design 1 :: Penternakan Ikan Air Tawar



Oleh : SHARIFAH NUR FADZLUN BT SYED ADRUS (D20072031031)



Futuristic  Garden yang di bina ini, adalan sebuah kolam ikan air tawar yang di buat secara komesil  bagi kemudahan orang ramai termasuk individu mahupun yang berkeluarga, taman ini terletak di proton city iaitu jauh daripada kesibukan bandar. bagi pengunjung yang datang, mereka bukan sahaja dapat menangkap sendiri ikan air tawar yang di jaga rapi olah pihak penganjur, malah mereka juga dapat berkelah di atas platform yang di sediakan di tangah-tengah kolam dengan memasak sendiri hidangan yang di ingini sambil menikmati panorama yang indah, di atas platform itu juga, terdapat mini geleri yang membolehkan pengunjung menimba ilmu mengenai kehidupan laut. Pengunjung yang datang juga, tidak akan melepaskan peluang menaiki water ball untuk ke galeri. Selain itu, pengunjung juga boleh membawa ikan yang di tangkap ke restoran yang terletak di pinggir kolam untu di masah oleh tukang masak yang berpegalaman.

Cik Tilapia :: Design 2 :: Penternakan Ikan Air Tawar



Oleh : SHARIFAH NUR FADZLUN BT SYED ADRUS (D20072031031)

Sebuah tempat rekeasi yang di namakan sebagai fish heaven ini, di lengkapi dengan kecanggihan sebuah geleri berbentuk ikan, di dalam geleri tersebut di pamerkan pelbagai jenis-jenis ikan yang terdapat di dunia. tempat ini juga menyediakan sebuah kapat mini bagi keluarga yang inginkan keselesaan ketika memancing bersama keluarga, di samping itu, mereka juga dapat memancing dan menikmati hidangan BBQ di sekitar jambatan terapung yang di sediakan

Cik Tilapia :: Design 3 :: Penternakan Ikan Air Tawar


Oleh : SHARIFAH NUR FADZLUN BT SYED ADRUS (D20072031031)
Taman tema ini di sediakan sesuai untuk semua golongan usia. Selain dapat memancing ikan air tawar yang di pelihara oleh pihak pengusaha, pengunjung juga dapat penikmati keindahan alam sekeliling kawasan Proton City. Geleri ikan yang di bina terapung di tengah-tengah tasik proton dapat menambah lagi ilmu mengenai ikan air tawar dan kehidupan laut di muka bumi ini. pengunjug juga akan dapat beristirehat di atas tilam empuk terapung yang di lengkapi denga TV LCD bagi yang ingin melihat video mahupun television tempatan.

Cik Lampam :: Design 1 :: Penternakan Ikan Air Tawar


Oleh : MARDZIAH BT ADZRA'AI (D20072030981)

   Projek Comunity Wonderful Fish ini diilhamkan oleh kami berlima, yang bertempat di Tasik Proton City, Tanjong Malim perak.  Ianya bertujuan untuk mewujudkan sesuatu aktiviti untuk masyarakat setempat dan luar kawasan dalam mengisi masa lapang dan cuti hujung minggu.

  Terdapat sebuah galeri di bina tengah-tengah tasik. Galeri ini mempamerkan dan memberikan maklumat berkenaan ikan-ikan air tawar. Sebayak 50 buah aquarium dan  30 jenis spesis ikan air tawar di pamerkan di dalam galeri ini. Pengunjung yang ingin mengunjungi galeri ini dikenakan bayaran dan duit bayaran tersebut akan digunakan untuk pihak pengurusan galeri untuk membeli benih-benih ikan kepada pengunjung-pengunjung yang datang. Setiap pengunjung dibenarkan untuk menyemai benih dan membela ikan di kawasan tasik yang telah dikhaskan.Terdapat tiga buah bot yang digunakan untuk mengangkut para pengunjung yang ingin berkunjung ke galeri.

 Apabila benih-benih ikan yang disemai oleh pengunjung membuahkan hasil, pengunjung boleh datang untuk  memancing secara percuma dan disediakan tempat untuk memasak ikan dan berkelah ditepi tasik. Pengunjung boleh membawa keluarga untuk memancing dan berkelah bersama.

  Selain itu, bagi pengunjung yang hanya ingin bersantai di tepi tasik, terdapat tiga buah restoran yang menyediakan masakan bertemakan ikan air tawar. Pembukaan restoran ini membuka ruang untuk masyarakat memperoleh pekerjaan dan membina perniagaan sendiri agar menjadi usahawan yang berjaya.