Sunday 20 March 2011

Cik Lampam :: Design 1 :: Penternakan Ikan Air Tawar


Oleh : MARDZIAH BT ADZRA'AI (D20072030981)

   Projek Comunity Wonderful Fish ini diilhamkan oleh kami berlima, yang bertempat di Tasik Proton City, Tanjong Malim perak.  Ianya bertujuan untuk mewujudkan sesuatu aktiviti untuk masyarakat setempat dan luar kawasan dalam mengisi masa lapang dan cuti hujung minggu.

  Terdapat sebuah galeri di bina tengah-tengah tasik. Galeri ini mempamerkan dan memberikan maklumat berkenaan ikan-ikan air tawar. Sebayak 50 buah aquarium dan  30 jenis spesis ikan air tawar di pamerkan di dalam galeri ini. Pengunjung yang ingin mengunjungi galeri ini dikenakan bayaran dan duit bayaran tersebut akan digunakan untuk pihak pengurusan galeri untuk membeli benih-benih ikan kepada pengunjung-pengunjung yang datang. Setiap pengunjung dibenarkan untuk menyemai benih dan membela ikan di kawasan tasik yang telah dikhaskan.Terdapat tiga buah bot yang digunakan untuk mengangkut para pengunjung yang ingin berkunjung ke galeri.

 Apabila benih-benih ikan yang disemai oleh pengunjung membuahkan hasil, pengunjung boleh datang untuk  memancing secara percuma dan disediakan tempat untuk memasak ikan dan berkelah ditepi tasik. Pengunjung boleh membawa keluarga untuk memancing dan berkelah bersama.

  Selain itu, bagi pengunjung yang hanya ingin bersantai di tepi tasik, terdapat tiga buah restoran yang menyediakan masakan bertemakan ikan air tawar. Pembukaan restoran ini membuka ruang untuk masyarakat memperoleh pekerjaan dan membina perniagaan sendiri agar menjadi usahawan yang berjaya.

4 comments:

  1. wah.... nmpak ceria.. dan tradisional...

    ReplyDelete
  2. bot 2 y nmpak tradisional..design cantik..masih boleh diperbaiki..orang di sebelah kiri nmpak kurang 'real'..

    ReplyDelete
  3. nmpk mcm kwsan kunjungan mat salleh ja pn..klau letak gmbaq org malaysia lg nmpak cntik dan real ckit kn..

    ReplyDelete