Tuesday 22 March 2011

Cik Patin :: Design 1 :: Penternakan Ikan Air Tawar

Oleh : RUZIYATOL AZIAN BINTI ARAJAMI (D20072031029)

Hai.. assalamualaikum buat penduduk Tg Malim, Proton City dan sekitarnya!! Harap anda semua sihat. Ok.. kali ini Cik Patin  a.k.a Ruziyatol Azian Arajami pulak nak bercerita dengan anda. Seperti yang anda semua tahu kami ada berita baik buat anda!! Anda biasa kan berjalan-jalan di tasik Proton City pada di hujung-hujung minggu atau di waktu-waktu petang bersama rakan atau family anda. Tidak dinafikan suasana Tasik Proton City memang mampu memberikan anda ketenangan.. tp kami merasakan tasik ini agak sunyi dari sebarang aktiviti yang menarik. Kami perhatikan para pengunjung yang datang ke tasik ini tak lain tak bukan berjoging, berjalan-jalan sambil hirup udara segar dan paling extreme pernah kami tengok adalah aktiviti berkayak. Tapi itu pun x selalu. Jadi alangkah sayangnya jika tasik yang indah ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik.!!

So.. kami diberi tanggungjawab untuk mereka bentuk satu projek yang mampu disumbangkan kepada komuniti setempat dengan sedikit ilmu dan kepakaran yang kami ada. Jadi setelah perbincangan dibuat kami sepakat untuk membuat projek mega yang bertajuk “Community WonderFul Fish”.. Apa agaknya bentuk projek ini. Meh cik Patin nak cerita!!  Cik Patin dah design beberapa idea yang boleh diaplikasikan untuk projek ‘Community Wonderful Fish’ tu.  Antara design-designnya adalah seperti di bawah :


Ok.. Ini design cik Patin yang pertama. Dalam design ni cik Patin  wujudkan satu port penternakan ikan air tawar. Kat sini macam-macam jenis ikan air tawar boleh di dapati seperti ikan tilapia, puyu, lampam dan lain-lain.  Apa yang menarik, pengunjung sendiri berpeluang untuk menjaga ikan di sini contohnya mereka boleh memberi ikan makan. Dengan hanya mengenakan sedikit yuran sejumlah RM 4.00 pengunjung berpeluang untuk memancing ikan yang telah dilepaskan ke tasik apabila sudah mencapai tempoh matang. Di satu sudut tasik, diwujudkan satu galeri khas  berkaitan ikan air tawar bagi memberi maklumat kepada orang ramai .. yang bestnya bentuk galeri tu pun diadaptasi dari bentuk ikan!! Antara yang ada dalam galeri tersebut adalah maklumat mengenai spesis-spesis  ikan,  maklumat berkaitan sistem penternakan ikan air tawar, maklumat berkaitan pelepasan benih ikan, maklumat berkaitan kaedah mengawal dan mencegah penyakit ikan air tawar dan banyak lagi perkara yang berkaitan dengan sistem penternakan ikan air tawar.

Apa yang lebih menarik, para pengunjung juga boleh menikmati ikan yang dipancing di situ juga selain dijual atau dibawa pulang ke rumah!! Pelbagai aktiviti menarik seperti barbeque dapat dilakukan bersama teman dan keluarga tersayang!! Bayangkan.. di samping dapat berkelah, menikmati udara segar di petang hari, dapat melihat ikan-ikan berenang, memberi ikan makan, memancing dan juga dapat menimba ilmu di galeri berdekatan, ia  benar-benar memberi manfaat yang tidak terhingga kepada pengunjung. Sesunggguhnya taman ternakan ikan air tawar ini benar-benar dapat memberi kepuasan kepada pengunjung yang cintakan alam semula jadi dan inginkan aktiviti yang lain dari tempat yang biasa dikunjungi!!

Cik Patin :: Design 2 :: Penternakan Ikan Air Tawar

Oleh : RUZIYATOL AZIAN BINTI ARAJAMI (D20072031029)


Orait ni satu lagi design tambahan dari cik Patin. Dalam design ni menunjukkan seorang budak kecil yang baru je dapat ikan hasil usahanya memancing ikan di tempat penternakan ikan air tawar di Tasik Proton City yang akan diwujudkan nantu. Kemudian tak jauh dari siti kelihatan gadis-gadis yang sedang beriadah dengan bermain itik air sambil memerhati keindahan alam dan ikan-ikan yang ada di situ. Di satu sudut yang lain pula kelihatan satu family yang sedang melepak di atas rumah rakit sambil menunggu hasil pancingan mereka mengena. Memang sesuatu yang lain dari yang lain!!

Cik Patin :: Design 3 :: Penternakan Ikan Air Tawar

Oleh : RUZIYATOL AZIAN BINTI ARAJAMI (D20072031029)

Dalam design yang ke 3 ini, cik Patin ingin menggambarkan Tasik Proton City  yang mempunyai pusat penternakan ikan air tawar  berkonsepkan riang ria. Cik Patin ingin menggambarkan pusat ini bukan sahaja untuk menarik perhatian pengunjung setempat malahan ia berpotensi untuk menarik  minat pelancong luar bagi merasai sendiri keindahan dan keunikan ikan air tawar yang ada di Malaysia.  Ini kerana Malaysia mempunyai banyak spesis ikan yang unik  yang  tidak  mudah didapati di Negara luar. Ini secara tidak langsung akan memperkenalkan Malaysia ke negara luar!!
Tasik yang indah dan permai ini sememangnya menjadi tumpuan warga setempat untuk beriadah, bersiar-siar, berjoging dan sebagainya.  Para pengunjung akan berpeluang untuk memancing ikan yang dipelihara di tasik ini. Galeri yang berbentuk bulat ini kelihatan agak unik dan penggunaan warna oren mampu menimbulkan mood keceriaan kepada pengunjung. Di samping itu, para pengunjung juga akan berpeluang untuk beriadah seperti menaiki belon panas ataupun kereta kabel untuk melihat panaorama indah di Tasik Proton City. Seperti yang telah dinyatakan sebelum tadi  idea kami  tidaklah terhad kepada penternakan ikan air tawar semata-mata. Pengunjung akan bebas melakukan aktiviti kegemaran mereka bersama teman dan family!

Sunday 20 March 2011

Cik Sepat :: Design 1 :: Penternakan Ikan Air Tawar


Oleh : NOR FADLIYANA BINTI SAMSUDIN (D20072031039)

Nampak tak ada cable car dekat Community Wonderful Centre ni..inilah salah satu focus point tarikan pengunjung ke sini..setiap masa ada sahaja yang datang untuk menikmati pemandangan di sini..selain itu, ada juga tepat istirehat bersama keluarga dan rakan-rakan..kawasan untuk barbeque pun ada disediakan, tempat untuk seminar atau conference pun ada..semuanya disediakan dalam satu pakej dengan harga yang berpatutan..sesuai untuk dijadikan tempat reunion atau alumni kerana sudut pemandangan yang strategik dan selesa..bangunan galeri pun ada juga disediakan sebagai sudut ruangan ilmu di Community Wonderful Center ini..macam-macam info yang dapat diperolehi di sini. Selain itu, ada juga kawasan memancing disediakan khas untuk si kaki pancing..boleh juga kalau nak bagi ikan makan dengan makanan pallet yang disediakan..dilarang keras untuk memberi makanan sendiri yea..cycle float berbentuk kereta juga merupakan salah satu aktiviti yang menjadi tarikan pengunjung disini..so, have fun..

Cik Sepat :: Design 2 :: Penternakan Ikan Air Tawar

Oleh : NOR FADLIYANA BINTI SAMSUDIN (D20072031039)
Kalau dilihat dari segi rekabentuk bangunan galeri yang tersergam indah ini, terdapat macam-macam information tentang research centre ni..semua maklumat ini terbuka kepada semua local community tak kira usia dan golongan sama ada pelajar atau pengusaha ternakan yang baru nak naik dan nak tambah ilmu pengetahuan dalam hal-hal berkaitan perikanan air tawar. Sebelah galeri tu pula ada satu bangunan yang didirikan khas untuk pengunjung supaya dapat menerokai keindahan alam sekitar pusat pembangunan ni..ala-ala KLCC gitu..andai kata ada kelapangan atau waktu cuti sekolah tempat ini merupakan kunjungan pelancong untuk menikmati percutian selain dapat mempelajari mengenai penternakan ikan air tawar..