Oleh : RUZIYATOL AZIAN BINTI ARAJAMI (D20072031029)
Dalam design yang ke 3 ini, cik Patin ingin menggambarkan Tasik Proton City yang mempunyai pusat penternakan ikan air tawar berkonsepkan riang ria. Cik Patin ingin menggambarkan pusat ini bukan sahaja untuk menarik perhatian pengunjung setempat malahan ia berpotensi untuk menarik minat pelancong luar bagi merasai sendiri keindahan dan keunikan ikan air tawar yang ada di Malaysia. Ini kerana Malaysia mempunyai banyak spesis ikan yang unik yang tidak mudah didapati di Negara luar. Ini secara tidak langsung akan memperkenalkan Malaysia ke negara luar!!
Tasik yang indah dan permai ini sememangnya menjadi tumpuan warga setempat untuk beriadah, bersiar-siar, berjoging dan sebagainya. Para pengunjung akan berpeluang untuk memancing ikan yang dipelihara di tasik ini. Galeri yang berbentuk bulat ini kelihatan agak unik dan penggunaan warna oren mampu menimbulkan mood keceriaan kepada pengunjung. Di samping itu, para pengunjung juga akan berpeluang untuk beriadah seperti menaiki belon panas ataupun kereta kabel untuk melihat panaorama indah di Tasik Proton City. Seperti yang telah dinyatakan sebelum tadi idea kami tidaklah terhad kepada penternakan ikan air tawar semata-mata. Pengunjung akan bebas melakukan aktiviti kegemaran mereka bersama teman dan family!
waa... yang ni lagi best!! proton city da berwajah baru la!! ade kete kabel lagi.. betul2 happening.. bukan happeing sje.. tp byk btul xtvt bermanfaat bleh dpt kt cni.. yg bulat tu galeri ke?? hm.. mybe galeri tu boleh diperbesarkan cket kot..
ReplyDeleteda mcm da kt langkawi rasenye proton city nnt.hehe..tp pape pn mmg best la kalo kt ctu btul2 ade kabel car.smbil naik kete kabel tu kite leh lihat pemandangan bukit bukau dan tasik yg indah tu nnt kn.tp msti mahal cajnye kn..
ReplyDeletewa...yg n dh bagus...nampak real.... dan lebih moden...sesuai untuk semua generasi
ReplyDeletewah cantiknya design dier..rase x sabar nk g...kena byr ko ni?
ReplyDeletenak naik belon panas jglh..mcm best jh blh meneroka kawasn tasik
ReplyDeletebnyaknya belon..
ReplyDelete