Sunday 20 March 2011

Cik Lampam :: Design 3 :: Penternakan Ikan Air Tawar


Oleh: MARDZIAH BT ADZRA'AI (D20072030981)

    Bagi design yang ke 3, 'Community Wonderful Fish'  yang disedikan adalah bercirikan tradisional.    Atap dibina menggunakan atap rumbia dan berkonsepkan santai. Kawasan galeri ini lebih santai di mana pengunjung berada di galeri yang lebih terbuka kawasannya. Disamping mengunjungi galeri, pengunjung boleh bersantai melihat pemandangan dan aktiviti disekitar tasik.

   Sebanyak 30 buah akuarium dan pelbagai jenis spesis ikan air tawar dipamerkan di galeri tersebut. Sedikit sebanyak pengunjung akan lebih mengenali spesis ikan air tawar. Perkhidmatan menjual benih ikan juga turut disediakan bagi pengunjung yang berminat untuk membeli benih ikan-ikan air tawar ini. Perkhidmatan pengangkutan bot disediakan untuk ke galeri tersebut.

   Selain itu juga, bot-bot juga disediakan untuk pengunjung yang ingin mengelilingi kawasan tasik dan menikmati keindahan tasik. Bagi pengunjung yang gemar memancing, mereka boleh menyewa bot atau memancing di jeti tasik, dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 5.00. ini adalah bertujuan untuk membeli kembali benih-benih ikan yang akan disemai.

3 comments:

  1. design nampak real... sesuai untuk semua peringkat umur dan terutamanya kaki2 pancing...

    ReplyDelete
  2. ditengah-tengah tasik 2 ape??
    design menarik..sesuai untuk pengunjung y gemar memancing..teringin nak pegi rsenye..

    ReplyDelete
  3. best tngk design ni..siap ada akurium lg tpi tmpt duduk tu..bleh tngk2 ikan..

    ReplyDelete