Sunday, 20 March 2011

Cik Lampam :: Design 2 :: Penternakan Ikan Air Tawar


 Oleh : MARDZIAH BT ADZRA'AI (D20072030981)

   Bagi design yang kedua, 'Community Wonderful Fish' ini dibina di hujung kawasan tasik proton, Tanjong Malim. Pengunjung disediakan kemudahan pengangkutan bot dan kereta kabel. Galeri ini  dibahagikan kepada dua bahagian,bahagian yang pertama merupakan bahagian pameran ikan-ikan air tawar. Di sini pengunjung di kenakan bayaran sebanyak RM 4.00 yang akan di masukkan ke dalam tabung pengurusan Galeri. Manakala bahagian yang kedua pula merupakan tempat benih-benih ikan di semai. Pengunjung dibenarkan untuk memilih satu spesis benih ikan air tawar yang mereka kehendaki. Setelah keluar dari galeri, pengunjung akan melepaskan benih-benih ikan ke dalam petak-petak pembiakan ikan yang telah disediakan. Setiap petak ikan dikhaskan untuk  satu spesis ikan air tawar sahaja.


   Apabila ikan-ikan tersebut membiak, pengunjug dibenarkan untuk menangkap ikan-ikan tersebut. Ikan-ikan yang diperolehi oleh pengunjung akan dijual atau di bawa pulang kerumah.

  Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti beriadah seperti berbasikal sekeliling tasik, berkelah bersama keluarga dan memancing ikan.

    Di tepi galeri juga di bina sebuah tugu berbentuk ikan. Ini adalah melambangkan ciri-ciri aktiviti tasik  yang mana bertemakan ikan air tawar dan bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung samada masyarakat setempat mahupun luar berkunjung ke kawasan Tasik Proton City.

Cik Lampam :: Design 3 :: Penternakan Ikan Air Tawar


Oleh: MARDZIAH BT ADZRA'AI (D20072030981)

    Bagi design yang ke 3, 'Community Wonderful Fish'  yang disedikan adalah bercirikan tradisional.    Atap dibina menggunakan atap rumbia dan berkonsepkan santai. Kawasan galeri ini lebih santai di mana pengunjung berada di galeri yang lebih terbuka kawasannya. Disamping mengunjungi galeri, pengunjung boleh bersantai melihat pemandangan dan aktiviti disekitar tasik.

   Sebanyak 30 buah akuarium dan pelbagai jenis spesis ikan air tawar dipamerkan di galeri tersebut. Sedikit sebanyak pengunjung akan lebih mengenali spesis ikan air tawar. Perkhidmatan menjual benih ikan juga turut disediakan bagi pengunjung yang berminat untuk membeli benih ikan-ikan air tawar ini. Perkhidmatan pengangkutan bot disediakan untuk ke galeri tersebut.

   Selain itu juga, bot-bot juga disediakan untuk pengunjung yang ingin mengelilingi kawasan tasik dan menikmati keindahan tasik. Bagi pengunjung yang gemar memancing, mereka boleh menyewa bot atau memancing di jeti tasik, dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 5.00. ini adalah bertujuan untuk membeli kembali benih-benih ikan yang akan disemai.