Oleh : AZIZAH BT FAZIL (D20072030964)
Pada permulaannya kawasan tasik Proton City ini merupakan kawasan yang kurang dengan aktiviti untuk penduduk setempat. Design ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang akan dibangunkan di tasik Proton City.
Penduduk sekitar berkesempatan untuk membawa keluarga ke sini untuk melakukan aktiviti seperti memancing, beriadah menaiki sampan yang disediakan dan BBQ. Bayaran yang dikenakan terlalu murah berbanding di kawasan lain. Pengunjung hanya perlu membayar RM 3/jam.Pengunjung boleh memancing berapa lama yang mereka inginkan.
Pengunjung juga dibenarkan untuk membakar ikan yang dipancing di kawasan sekitar. Bagi yang bercadang untuk memancing hingga ke larut malam ataupun ingin terus bermalam di tasik Proton City, kami ada menyediakan khemah untuk mereka. Pengunjung boleh membuat tempahan terlebih dahulu bagi yang berhasrat untuk berkhemah di tasik Proton City.






